Tuesday, March 26, 2013

Pucung Keladi @Little Heron





Sepasang pucung keladi yang tinggal di taman Pustaka Negeri Sarawak selalu kelihatan mencari makan di tepi tasik pustaka. Pagi itu saya terjumpa pasangan ini sedang sarapan pagi. Gelojoh sekali si Pucung Keladi ini makan.

Thursday, February 07, 2013









Pagi ini hujan turun renyai-renyai dan s aya tak dapat nak keluar mengayuh basikal mahu pun berjalan s ekitar Taman perumahan kami. Lantas saya gunakan waktu yg ada untuk merakam foto bunga-bunga yg ditanam orang rumah kita.Sayangnya saya tidak tahu nama bunga-bunga yg dia tanam kecuali satu dua yg saya kenal.

Menanam bunga merupakan hobi yg mengasyikkan. Saya lihat orang rumah setiap pagi akan meluangkan masa membelai bunga-bunganya dan kadang-kadang ada dialog yg kedengaran, Oh ya tentu dialog satu pihak sahaja. Pihak bunga hanya mendengar sahaja.

Friday, October 26, 2012

Basikalku, "Pak Lurah"

SAYA namakan basikal ini, PAK LURAH kerana warna merahnya.Ia saya beli di kedai menjual alat ganti kereta yang diimport dari Jepun dengan harga RM780.00 . Jika tak silap saya belikan basikal ini awal 2011.

Telah menjadi satu keseronokan bagi saya mengumpul basikal terpakai yang berjenama dalam pelbagai bentuk. Setakat ini saya dah kumpul lima buah basikal. Sekarang saya sedang mengintai-intai sebuah basikal Raleigh Road bike buatan England yang terpakai berwarna merah juga. Saya masih menanti keadaan yang tepat sebelum berunding dengan kedai itu mengenai harganya. Dalam masa yg sama saya juga masih mahu bertanya dengan teman tentang cara-cara membaiki basikal untuk menambah pengalaman diri.

Saya senang sekali berbasikal namun terasa sedikit kekhuatiran kerana tiada lorong khas untuk basikal di bandaraya Kuching. Saya berharap pihak perancang bandar akan mengambil kira secara serius dalam menyediakan lorong basikal untuk Kuching. Jika ia dilakukan tentu lebih banyak lagi warga kota akan berbasikal dan pasti akan mendatangkan impak positif ke atas bandaraya Kuching dari segi pencemaran dan juga kesihatan warganya. Ini pasti akan mempercepatkan bandaraya Kuching mencapai cita-citanya untuk menjadi bandar taman.


Saya harap dapat menulis sesuatu tentang basikal dalam blog ini dalam Bahasa Malaysia untuk tatapan bersama teman-teman yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai lingua franca mereka. Untuk tulisan dalam Bahasa Inggeris saya sudah sediakan sebuah blog yang saya beri tajuk " Once Upon A Time in Sarawak.


Tuesday, September 11, 2012






Mentari jingga ketika senja di awal september 2012 sekitar Taman Sumber Alam Sanctuary.

Saturday, July 14, 2012

Burung Murai Gila


Burung Murai Gila @ Pied Fantail (ibu)
Burung murai gila (anak/Juvenile)

 Saya ikuti perkembangan keluarga burung murai gila ini sejak 5 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012. Menarik bila kita perhatikan ibu bapa burung ini yang bertungkus lumus mencari makanan buat anak-anaknya(dua ekor). Selain itu ia juga cekap menjaga kawasan itu dari gangguan.Saya kira kehadiran saya juga tidak disenangi ibu. Lihat saja cara ia memandang saya..
Nama yang unik ini rasanya tentu ada alasan. Saya terjumpa tulisan di blog seseorang yg menceritakan mengapa namanya murai gila dan saya rasa penjelasannya cukup lojik.:http://piecesoflin.blogspot.com/2012/05/burung-murai-gila.html

Tuesday, May 22, 2012

Lelayang Dada Putih dalam Kedinginan


Awal pagi yang dingin di Taman Pustaka Negeri Sarawak pagi semalam telatah tiga ekor burung Lelayang dada putih ini menarik perhatian saya. Mereka juga seperti kedinginan. Saya kira satu famili yg terdiri daripada bapa, ibu dan anak. Itu jangkaan saya. Burung lelayang dada putih memang banyak terdapat di kawasan Pustaka Negeri Sarawak ini. Selain lelayang dada putih saya juga selalu ketemu burung kunyit kecil , punai gading dan juga ruak-ruak atau nama tempatannya, keruak.

Thursday, March 22, 2012

SEWAH UNGU @ VIOLET CUCKOO (Chrysococcyx xanthorhynchus


Burung Sewah Ungu atau dalam bahasa Inggerisnya, Violet Cuckoo saya rakam pada 20 Mac 2012 semasa berjalan di Taman Pustaka Negeri Sarawak. Spesis Cuckoo ini dari keluarga Cuculidae. Ia tinggal di kawasan hutan tanah rendah dan juga hutan bakau.

Saturday, March 03, 2012

MENJALA UDANG DI SUNGAI SARAWAK


Paling suka hati saya jika diajak teman/jiran pergi menjala udang tapi saya sendiri tidak berapa pandai menbar jala. Tebaran saya selalunya menguncup atau menyenget. Paling mendebarkan pabila jala ditarik ke atas. terbayang janggut dan sepit biru yang membuat hati jadi haru.  Saya ingin kembali ke sungai Sarawak hanya belum ada kesempatan untuk ikut teman menebar jala.

Sunday, February 26, 2012

BURUNG TIUNG BATU @ DOLLARBIRD

Burung Tiung Batu @ Dollarbird yang saya rakam sekitar jalan baru Semariang/ Santubong (Berhampiran Sungai Ribo). Burung yang buat pertama kali saya temui.

Sunday, November 20, 2011

MANIKAM KEHIDUPAN DALAM NASKHAH BINGKAI WAKTU


MANIKAM KEHIDUPAN DALAM NASKHAH BINGKAI WAKTU

Oleh Rosani Hiplee

“Bingkai Waktu melakar potret cinta seorang jejaka terhadap Yang Esa, buana dan wanita pelengkap nurani.”

(prakata, Bingkai Waktu)

Pharo Abdul Hakim, penyair naskhah Kumpulan Puisi Bingkai Waktu ini begitu sinonim namanya di persada perpuisian tanah air. Karya-karya beliau banyak tersiar dalam media massa seperti akhbar Utusan Borneo, Utusan Sarawak, tabloid Jendela Sarawak, Majalah Dewan Perintis, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.

Bakat dan minat kepenyairan beliau bermula sejak pertengahan tahun 70-an lagi. Malah merupakan antara penyair Sarawak yang paling awal mendapat tempat dalam majalah sastera tersohor, Dewan Sastera pada tahun 1971

Puisi-puisinya turut dimuatkan dalam antologi puisi Buih Di Air (1976), Randau Di Pulau (1987), Satu Perasmian (1992), Simfoni Dari Utara (1994), Peta Seniman (1998), Penangkap Rama-rama dan Kelawar (2004), Lok Cinta (2007) dan Harum Manis Negeri Kami (2009).

Menurut Dr. Jeniri dalam Simfoni Dari Utara (1994:vi), penyair ini telah membuktikan daya kekreatifan melalui usaha memanipulasikan unsur bahasa sehingga diksi dan ungkapan yang dibentuknya memiliki kesegaran dan kekuatan untuk meninggalkan kesan apabila dihayati.

Apabila membaca naskhah Bingkai Waktu ini, sepertinya pembaca disoroti oleh suatu magis pengembaraan spiritual yang menyihirkan selain terbawa oleh kesegaran dan ketegaran diksi-diksinya yang dijaga sempurna. Misalnya

Usianya seperti teja using yang menanti ketibaan malam

Lalu ia diusik gundah dan resah

Ketika menatap purnama berkelana

Berteman sejuta bintang

Dan dia hanya bias berdiri di padang lalang

Sendirian merenung langitdengan seribu harapan

Untuk terbang dan bertemu dengan kekasih

Yang tidak diberi perhatian

Yang tidak dihulurkan kesetiaan

Buat kesekian waktu

(rangkap 1.Puisi Cinta Penyair Tua)

Malah ketelitian inspirasi dan ketajaman daya renung penyair jauh menyusup ke lapisan makna yang tirus menjurus di celahan kebenaran yang tersisip sayup . Hingga pembaca mudah terkesan oleh setiap tema dan persoalan yang ingin dikuliti oleh penyair.

Dalam tanggapan lain, penyair seolah-olah berusaha menemukan manikam kehidupan di balik lingkaran bingkai waktu yang pernah disusuri. Dengan harapan agar setiap lekuk bingkai waktu dapat mengertikan sesuatu yang mengilhami perasaan dan pemikiran diri kepada sesuatu yang lebih berharga. Seperti kata penyair,

Bingkai waktu merupakan catatan sepanjang perjalanan, menghayati resah duka dan memahami budi seni, memerhati manusia dan kemanusiaan berlensakan kritis dan analitis, sesekali sinis. Bingkai Waktu adalah serpihan memori masa lalu yang sering mengocak hati yang sepi dan sendiri seperti pantulan cahaya yang sukar dimengerti.”

Naskhah Bingkai Waktu ini menampilkan 101 buah puisi yang meneriakkan suara kemanusiaan dan rasa kehambaan diri kepada-Nya. Malah segala tamsilan peribadinya itu persis menemukan manikam kehidupan ini lewat penggunaan citra yang cukup segar dan tegar.

Manikam kehidupan kemasyarakatan ditemui dalam puisi-puisi seperti Ayahku penjaja Roti, Balada Anak Rimba, Cerita Sebuah Desa, Cerita Sebuah Kota, Cerita Seorang Tua, Galeri Insani, Lorong Hitam Di Sudut Kota, Madam Insinyur, Mengenang Si Tenang, Mutiara, Namanya Suhana A/p Marina, Orang Sungai, Perempuan Tua Dari Kota, Perempuan Tua (ii), Perempuan Tua (iii), Trauma(i) dan Trauma(ii)

Permasalahan atau kegawatan nilai kemanusiaan dalam masyarakat mutakhir ini jelas ditanggapi dengan kritis lagi sinis oleh penyair. Tirani insani benar-benar membayangi akaliah dan nurani penyair.Misalnya dalam rangkap kedua puisi Trauma (ii) iaitu:

Baru setahun Afiq pergi

Membawa bersama seribu tuna

Meninggalkan kezaliman yang telah mula dewasa

Kita yang berdiri masih belum mengerti

Bagaimana mengubati hati yang keji

Lantas Noorfitri dilukai

Seribu keperitan yang tidak tertahan

Seperti kematian dewasa yang perkasa

Kezalimankah yang sedang bertakhta?

Atau kelukaan diri manusia tega

Menjelajahi rimba kehidupan

Yang penuh semak sengketa

Uniknya naskhah Bingkai Waktu ini kerana penyair tidak terkecuali dalam memberi sentuhan yang pelbagai rona terhadapbudaya tempatan.. Manikam kehidupan budaya setempat telah diangkat malah diungkap dengan sebegitu indah dan istimewa . Pengolahan dan pendekatan sebegini sebenarnya sangat menarik dan mengujakan. Ekksotik! Misalnya:

Ketika senja berlari dikejar malam

Ada nyanyian putera Annah Rayang

Lagu asing irama perjuangan

Menabur benih suci

Biar lembah ini diterangi sinar

Biar pinggir ini ditumbuhi pohonan

Menghijaukan bumi bertuah

(rangkap kedua: Annah Rayang)

Sesungguhnya inderia sensitivity penyair nyata tidak sekadar sebuah emosi tapi sejalur sayup renung dan gerak fikirnya yang kritik, pun juga sarkastik! Maka impaknya amat berbekas.

Judul lain bagi puisi yang turut mengungkapkan rupa manikam kehidupan sejagat ini ialah Belasungkawa Kemanusiaan, Doa Sebuah Kota Luka, Kashmir Berkirim Salam dan Kuntum-kuntum Tulip Berguguran.

Nilai-nilai sebenar dalam wibawa manikam kempimpinan juga diteliti oleh penyair dengan sekhusyuknya. Kegusaran d an kesinisan penyair terhadap karisma politik setempat tampak jelas dalam beberapa buah puisinya seperti Balada Pak Tua, Balada Supir Tua, Cerita sebuah Desa, Cerita Sebuah Kota, Empayar Fatamorgana, Kongkalingkung, Marsum Buat Nayaka dan Mendepani Resah.

Dalam rangkap keempat, puisi Marsum Buat Nayaka penyair dengan sinisnya mengungkapkan bahawa;

Lalau tercatatlah madah derhaka ini

Lahir dari hati yang tidak pernah lupa

Pada janji yang dijaja

Ketika nayaka menghulur dusta

“kubina syurga di hujung kota

Buat berteduh bangsaku yang berduka”

Pun begitu keserongan atau ketidakjujuran dalam tata kepimpinan mudah menularkan kerosakan dalam pola masyarakat. Misalnya dalam rangkap terakhir puisi Balada Pak Tua iaitu;

Esok kita teruskan sebuah drama

Cerita kampung kehilangan nama

dan istana terbina di tengah rimba

kau dan aku menggenggam rahsia

membina bangsa d engan sebuah dusta

Manikam Cinta dalam kehidupan ini merupakan anugerah Tuhan paling indah dan menyihirkan. Maka penyair pun berusaha memerikannyadengan sebegitu fitri dalam bingkai waktu yang cukup syahdu. Penyair melakar potret cinta seorang pria yang cukup dewasa. Misalnya dalam rangkap kedua terakhir dalam puisi Laghu Cinta seorang Lelakai Yang Enggan menjadi tua iaitu;

Cinta itu suara hati

Dari lubuk yang sepi

Di daerah hakiki seorang insani

Yang mengerti makna bisikan hati

Yang memahami letak kasih iman

Tersiram dengan wangian amal

Mengasyikkan rasa

Dan kita terus terpelihara

Dalam satu kelompok jiwa

Bertandang di dalam sebuah bahtera

Belayar menuju ke satu pelabuhan

Di ufuk yang tak bertepi.

Antara judul lain bagi puisi yang menterjemah manikam cinta ini ialah Cinta Amar dan Puisi Cinta Penyair Tua.

Manikam persahabatan sejati nyata tidak terkecuali ditemukan dalam Bingkai Waktu perpuisian penyair yang tulus ini. Ia telah diolah dengan sebegitu sempurna lewat beberapa buah judul puisi seperti Erti Teman, Menara Harapan (i), Menara Harapan (ii) dan Mutiara.

Rangkap kelima puisi Menara Harapan (ii) terasa syahdu apabila dihayati, iaitu;

Begitulah masa menentukan s egala

Tiada ruang untuk kembali ke alam remaja

Walaupun jauh di lubuk hati

Tersimpan kerinduan seorang teman

Menjenguk kembali jejak-jejak silam

Tersimpan seribu cerita

Sepertinya penyair tersangat gemar bertamsil dan berfalsafah tentang kehidupan ini. Banyak anatara puisinya yang cenderung menyelongkar manikam-manikam kehidupan ini. Misalnya puisi Api, Air Dari Gunung(1), Air Dari Gunung (2), Balalaika, Baluarti, Bulan Kedua, Cinta Di Kota Magenta, Duka Purnama, Jambatan Waktu, Kota Taman, Kujelajahi Sebuah Malam, Kujelajahi Terowong Kecewa, Membina Kota Setia, Mentari Jingga, Meredah Lembah Gundah, Meroboh Penjara Budi, Pelabuhan Sembilan, Pengembara Masa, Resah, Samudera Bara, Sanktuari, Sebuah Kota Merah Jingga, Sebuah Pondok Di Lereng Gunung, Semilir, Seperti Pohon Ketapang Di Tepi Jalan Itu, Tanjung Tulus dan Wajah Di Bingkai Waktu.

Dalam puisi Pelabuhan Sembilan misalnya , penyair jelas berkias tentang fitrah diri yang sebenar di dunia fana ini. Pelabuhan Sembilan citra diri yang wajar direnungfikirkan agar dapat ditemui manikam diri di balik rimbunan pohon waktu. Seperti ungkapan penyair dalam rangkap keempat puisi ini iaitu;

Pelabuhan Sembilan

Aku singgah di dermagamu

Setelah semalaman menentang gelora

Di lautan diri yang tak bertepi

Lindungi daku dari badai nafsu

Merentap pohonan iman

Di dataran kalbu bisu.

Menurut SN Datuk Muhammad Haji Salleh dalam bukunya berjudul Menyeberang Sejarah (1999- 02), bahasa ialah alat pemikiran dan imaginasi. Biasanya pengguna bahasa yang baik ialah penyair yang telah melatih dirinya beberapa waktu dan menguasai bahasa itu sehingga dia dapat melenturkan perkataan dan bunyinya untuk disesuaikan dengan apa yang hendak disampaikan.

Maka selain menemukan latar belakang, apabila membaca naskhah Bingkai Waktu, sepertinya saudara Pharo sudah berupaya memahami definisi puisi oleh Coleridge iaitu kata-kata terbaik dalam susunan terbaik.

Walaupun terdapat beberapa frasa yang jarang diperikan tapi ia berupaya memperkayakan kosa katakhalayaknya. Atau dari tanggapan lain, ia telah memberikan manikam pada pemilihan diksi itu dengan sendirinya. Misalnya perkataan Balalaika, baluarti, sanktuari, kongkalingkung, luak, marsum, nayaka, teja dan beberapa lagi yang lain malah kesemuanya telah memberi nilai estetik dalam memerikan susuk-susuk gaya bahasa penyair itu sendiri, syabas!

Sesungguhnya apabila membaca puisi-puisi yang terolah dalam naskhah Bingkai Waktu ini, seperti khalayak turut mengalir bersama-sama lagu cinta seorang lelaki yang terlepas masa lalunya yang sangat berharga. Nada roman penyairnya benar-benar terasa lewat ungkapan-ungkapannya yang tersirat. Seperti yang diakui penyair iaitu;

Bingkai waktu, roman seorang teman merenung kembali masa yang telah tertinggal, kerana di situlah sejarah petunjuk menuju jalan pulang> Kalau boleh kuundurkan waktu ke suatu detik yang lalu…

Rumusnya, naskhah Bingkai Waktu itu persis sebuah kembara jiwa seseorang yang begitu nostalgik dunianya. Seperti kata Helen Keller iaitu Life is either a great adventure or nothing. Apabila diterjemah dalam Bahasa Melayu lebih kurang begini maksudnya,kehidupan ini sama ada pengembaraan yang hebat atau tiada apa-apa. Namun penyair sentiasa berusaha untuk menemukan manikam kehidupan itu dengan sesungguhnya lewat naskhah Bingkai Waktu ini. Waima nadanya sedikit sendu.

Saturday, October 01, 2011

BENAK ATAU TIDAL BORE BATANG LUPAR

Rabu lepas, 28 Sept, saya bersama teman, Dr Kamil Salim dan Abdillah berpeluang merakam fenomena Benak atau Tidal Bore di Batang Lupar, Sri Aman. Suasana amat mencemaskan namun kerana pemandu bot kami sangat berpengalaman, segalanya berjalan dengan baik.

Tuesday, September 20, 2011

HARI MALAYSIA 2011

Sarawak menyambut Hari Malaysia tahun ini dengan pelbagai pertunjukan, antaranya lumba perhau, bunga api dan sukan wakeboard yang semuanya diadakan di Tebingan Kuching.

Sunday, July 17, 2011

POTRET FAUNA(38) Tekukur

Burung Tekukur @ Spotted Dove banyak sekali terdapat di bandar dan desa di Sarawak.

Saturday, July 16, 2011

POTRET FAUNA (37) Sepah Puteri dada Oren

Burung Sepah Puteri dada Oren @ Orange-bellied flowerpecker ini saya rakam ketika sedang makan buah daripada pohon tanaman jiran di hadapan rumah saya.Saya jarang juga ketemu burung ini.