Monday, February 18, 2008

MASJID BESAR SARAWAK

Masjid Besar Sarawak diroboh sekitar tahun 60an

8 comments:

Salak said...

Assalamu 'alaikum,

Saya terjumpa gambar Masjid Lama Kuching Sdra ketika buat carian Google. Amat gembira mendapatkannya melalui Web.

Jika Sdra tiada bantahan, izinkan saya menyimpan salinan. Jika kemudian nanti timbul peluang untuk saya menggunakannya, saya akan catitkan alamt blog Sdra, bagi penghargaan.

Gambar-gambar lain Sdra sangat baik, nampatknya diambil penuh cermat. Teruskan usaha baik Saudara!

Saya kepilkan URL bagi gambar Masjid yg menggantikan masjid lama itu. Saya mengambil gambar ini sebelum pemindahan "Ceku" baru-baru ini.

Masjid baru dari Sg Sarawak :
http://img390.imageshack.us/img390/2478/img0008vu3.jpg


Sila tinjau gambar-gambar yg lain:
http://profile.imageshack.us/user/tsalak
http://profile.imageshack.us/user/tsalak
http://profile.imageshack.us/user/tsalak
http://profile.imageshack.us/user/tsalak
http://profile.imageshack.us/user/tsalak

Terimah kasih & Assalamu 'alaikum!

Pena_bahari said...

Terima kasih atas penghargaan.Tiada masalah bagi saya jika sdr berniat menyimpan salinannya. Gambar ini saya snap dari rumah adik saya.
Masjid lama yg diroboh itu benar-benar membuat banyak insan sedih. Ia terlalu bernilai dan bersejarah.

Salak said...

Hi!

Jumpa lagi satu gambar Masjid Lama di -

http://www.angellpro.com.au/VBrookeKuching.jpg

Berapa sukatan salinan gambar asli adik Sdra itu? Lebih dpd A4? Kalau dlm sukatan A4, mutu gambar akan terserlah jika di scan.

Saya jangka jika ada orang yg dikenali yg masih ingat mengenai Masjid itu, catitan ingatan mereka boleh menjadi khazanah ingatan kita dan cucu nanti!

Tiap peralihan zaman akan mengukir segala pengalaman kita. Yang bernilai ialah kemungkinan sabitnya dengan peristiwa yang boleh membantu kita memahami nila budaya, pemikiran dan amnya sejarah, dan bagaimana persepsi kita sekarang berbanding dengan peristiwa dulu.

Terima kasih.

Pena_bahari said...

Salam Sdr.
Terima kasih atas foto yg sdr syorkan.kubah masjid berwarna putih dlm foto itu. saya rasa foto itu telah diubah sedikit melalui progm komputer namun ia tetap menarik dengan gambar kapal( M.V .Rajah Brooke agaknya)di hadapan. Pernah melihat gambar ini dalam sebuah buku sejarah tapi tak ingat pula nama buku itu.
Gambar yg ada pada adik saya rasanya bersaiz A4. Insyaallah saya akan cuba cadangan sdr, scan foto itu utk hasil yg lebih baik.
Sdr. mengemukakan satu cadangan baik. Saya cuba bertanya kpd orang tua yg pernah ke masjid itu masa dulu. rasanya tentu ada perkara menarik yg boleh dicatat.
Terima kasih dan salam hormat.

Salak said...

Sama-sama kita berkongsi apa saja info mengenainya. Kemungkinan besar kalau ada rakan atau kawan yg tinggal di kampung Bintangor dan berdekatannya, orang-orang tua mereka mungkin ada ingatan sebanyak sedikit.

Saya ingat juga ada sebuah sekolah agama yg tua di kawasan saudara. Tak tahu lagi apa kesudahannya. Dalam Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II 2003, saya ingat banyak info mengenai sekolah itu. Saya akan cuba cari untuk kongsi bersama.

Terima kasih.

Salak said...

Saya harap Sdra bernasib baik, dan bolehlah kita berkongsi makluman yg sekarang boleh kita tinggalkan dalam arkib blogspot. Dengan satu klik boleh cucu-cicit kita temui nanti.

Di kawasan Sdra saya ingat ada sebuah Sekolah Agama yang berumur dan bersejarah juga. Ada sebuah conference dulu, 2003 agaknya, Nadwah Ulama Nusantara yang membincang tentang pendidikan agama di Kuching dan Sarawak, termasuk Sekolah Arab di Jalan Gambier. Saya akan cuba cari lagi tulisan itu dan kalau Sdra mahu memblogkannya saya akan bagi apa yg saya akan dapatkan.

Sekian. Moga sihat-sihat hendaknya.

muhddamine said...

saya mohon izin salin gambar masjid ini

Pena Bahari said...

Silakan sdr Muhdamine. Foto ygini dibeli oleh adik saya dan saya snap untuk simpanan saya. Foto asal bukan milik saya.