Thursday, February 19, 2009

SEDEKAD PENUH BERKAT

Nurul Hakimah, puteriku yang bongsu, lahir pada hari khamis 18 Februari 1999, jam empat petang, setelah masuk waktu asar, di Hospital Miri. Suasan petang itu masih jelas terbayang di dalam fikiranku. Memori yang sangat indah. Aku dikurniakan Allah SWT dengan cahaya mata ke-7 setelah usiaku hampir 46 tahun dan isteriku pula hampir empat puluh dua tahun. Kami bersyukur atas kehadiran Nurul.
Kehadiran Nurul sebagai pengobat rinduku pada cucuku yang pertama, Faiz Sanim. Faiz lahir bulan Mac 1998 di Miri ketika anakku Laila masih bersama kami. Kemudian mereka berpindah ke Sungai Petani setelah bersama kami selam
a lebih kurang enam bulan. Bayangkan betapa kerinduanku pada Faiz setelah perpisahan itu. Tapi akyu tidak pula melahirkan rasa rindu itu. Ia hanya kurasai jauh di lubukj hati.
Allah maha berkuasa dan mengerti kedukaanku lantas enam bulan selepas Faiz ke SP kami dikurniakan cahaya mata dengan kelahiran Nurul untuk menghilangkan kerinduan kami terhadap Faiz.
Hari ini hari ulang tahun kelahiran Nurul Hakimah yang kesepuluh. Nurul semakin dewasa dan dibebani oleh karenah enam orang anak saudaranya. Kadang-kadang timbul rasa kasihan pada Nurul yang terpaksa melayan tingkah laku anak saudara yang terus-terusan memanggil Mak Su. Ayah dan Ibu hanya mengharapkan kebahagian dan kesejahteraan Nurul, membesar dengan penuh keindahan dan kemanisan hidup, belajar menerima dan menempuh masa muka dengan berani dan bertanggungjawab. Rasanya ingin benar kami melihat Nurul cepat-cepat dewasa. Tak sabar kami menanti saat Nurul menjadi seorang yang sudah dewasa.
Nurul Hakimah, selamat hari jadi sayang.

5 comments:

CT said...

"Rasanya ingin benar kami melihat Nurul cepat-cepat dewasa."
Salam bang...nanti kalau Nurul cepat dewasa abang dah tak daa 'orang nak berkelahi' pula hehehe Selamat Hari Jadi Buat Nurul...semuga menjadi anak yang solehah!

Pena_bahari said...

Nurul said, Thank you Untie..
TK CT kerana terus menjadi pengunjung tetap catatan yang tak seberapa ini.

CT said...

"TK CT kerana terus menjadi pengunjung tetap catatan yang tak seberapa ini."

Am I not your sis & a friend? What kind of friend am I if I can't even spend some of my time to comment or visit a friend? :))

Anonymous said...

happy birthday miak gedik~!
hehehehe

-siti-

Pena_bahari said...

Anon 954(siti).
Nurul said, "Thanks sis."