Saturday, February 20, 2010

20 FEBRUARI: MENDIANG REYNOLDS GREGORY DALAM KENANGAN


Mendiang Reynolds Gregory berdiri di kiri saya di majlis penyampaian cenderamata sempena persaraan saya dari Perkhidmatan Awam dalam tahun 2007

Saya terima berita tentang kepergian mendiang sdr Reynolds Gregory daripada seorang teman. dan saya tergamam sebentar. Reynolds bertugas di bawah seliaan saya di Jabatan Perbendaharaan negeri suatu ketika dahulu dan merupakan salah seorang staf yang sangat saya hormati oleh sikap dan juga kebolehannya.

Menurut teman saya, mendiang terjatuh ketika menyanyi. Saya masih ingat mendiang seperti juga saya adalah pesakit darah tinggi dan kami terpaksa mengambil ubat yang berterusan.

Mendiang memang terkenal sebagai seorang penyanyi dan juga pengacara yang hebat dan memiliki suara yang seakan-akan penyanyi legenda Elvis Presley. Saya akan sentiasa mengingati mendiang sebagai seorang insan seni yang hebat dan kepergian mendiang pasti akan dirasai oleh semua terutama keluarga terdekat. Semga tabah menghadapi ujian dan dapat meneruskan kehidupan tanpa mendiang dengan tenang dan damai.


No comments: