Monday, January 10, 2011

KIAMBANG BERTAUT

Ketika menyusur sungai Sarawak mudik ke hulunya banyak sekali kapar dan kiambang hanyut menghilir yang akhirnya akan terperangkap di d alam perangkap sampah yang sedia menanti di hilir sungai. Satu usaha membersihkan sungai Sarawak daripada sampah sarap yang berasal dari hulu sungai. Tapi bagaimana pula hendak menyelesaikan sampah sarap yang bersala daripada tindakan segelintir manusia yang membuang segala benda/bahan buangan ke dalam sungai...
Tanpa keprihatinan penduduk sekitar sungai ini, sedikit masa lagi sungai akan "mati". Alangkah baiknya jika kita sama-sama menjaga sungai kita agar sentiasa sihat. Mengobati sungai yang sakit sangat sukar d an mahal harganya. Sungai yang mati tentu sekali akan menyebabkan kita ikut sengsara.

4 comments:

Fareez Mansur said...

Bro Pharo,
Sikap orang kita yang menganggap sungai adalah tong sampah yang menyebabkan sungai kita penuh dgn sampah sarap.

Fareez

Penabahari said...

Fareez,
Yang paling menyakitkan pabila kotoran seperti minyak terpakai dan lain-lain sisa industri ikut mengalir ke sungai menyebabkan ikan ikut sukar bernafas...

CT said...

Salam,
perkara ini dah lama CT perhatikan. Sayang ramai orang kita yang tak tahu menghargai kecantikan semula jadi kurnia Allah. Esok bila berlaku musibah seperti banjir kilat nak salahkan siapa? Mudah-mudahan sikap sesetengah orang yang menganggap sungai adalah tong sampah seperti yang dikatakan Che Fareez dapat diubah...

Penabahari said...

Salam CT,
Kita terlalu lambat memahami bahasa alam. Sesal akan datang pabila sungai telah tenat dan hilang serinya dan ketika itu kita akan merasai gusar alam.