Sunday, July 15, 2007

Minda Pujangga


“Poverty makes you sad as well as wise.”





“It is better to live under a tree in a jungle inhabited by tigers and elephants, to maintain oneself in such a place with ripe fruits and spring water, to lie down on grass and to wear the ragged barks of trees than to live amongst one's relations when reduced to poverty.”

Sunday, July 08, 2007

Majlis Perpisahan anjuran JPNS



Kumpulan Meningkat Mutu Kerja JPNS "SKIP" yang memenangi tempat kedua sewaktu konvensyen KMK Negeri Sarawak di Miri 13 - 15 Jun lalu



Balada Warga Setia tajuk puisi yang dideklamasikan sewaktu majlis perpisahan sebagai tanda kenangan buat teman-teman di JPNS.


Menerima cenderahati daripada Encik Jumastapha bin Lamat Akauntan Negeri Sarawak sebagai tanda perpisahan dan penghargaan perkhidmatan selama 35 tahun

Sunday, June 03, 2007

Mercu tanda Kuching

Saya sangat tertarik dengan kewujudan bangunan kedai kayu dua tingkat di hadapan masjid Bahagian Kuching ini. Ia telah berada di sana seawal usia saya dan ia terus berdiri dengan persalinan pelbagai yang menarik hati. Ia ikon kepada kehidupan generasi-generasi yang melintasi zaman.

Friday, May 11, 2007

Minda Pujangga

Dari kiri, Abang Haliman,saya, Hj Taufiq Firdausi, Jaafar Hamdan, Jais Sahok dan Dayang semasa menghadiri Kongres Bahasa dan dan Persuratan Melayu VII anjuran Gapena di DBP, KL.



Always be nice to those younger than you, because they are the ones who will be writing about you.
- Cyril Connolly

Thursday, May 10, 2007

Malam Puisi Islam

Malam Puisi Islam sempena Maulidur rasul 1428H telah berlangsung di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada 4 Mei 2007 jam 8.00 malam. Saya berpeluang hadir malam itu dan sempat melihat persembahan deklamasi puisi, lagu nasyid dan lagu puisi oleh personaliti-personaliti tersohor. Antara yang mendeklamasi puisi Kelana Akira dan Wezan Saili. Lagu puisi pula adalah persembahan NARA .

Saya juga sempat berjumpa dengan teman-teman dan bersalaman dengan mereka tanda persaudaraan akrab. Antara yang ditemui, Hazami Jahari, Jaafar Hamdan, Yusuf Fansuri,Huznah Sait dan Radin Azhar. Masa banyak digunakan dengan bersembang dengan Radin.


Yusuf Fansuri , seperti biasa melafazkan dialog-dialog yang amat tajam. Yus, Dialogmu boleh meruntun KLCC..


Kelana Akira, seorang deklamator ulung dari Sarawak, mendeklamasikan puisinya

Kumpulan NARA mempersembahkan lagu-lagu yang meruntun hati..tahniah NARA , nyanyian anda berkenaan dengan BULAN benar-benar menyentuh jiwa saya. Melodinya begitu indah sekali. Saya harap lagu ini akan dirakam satu masa nanti supaya dapat dihayati khalayak. Mengapa tak hantar lagu ini ke Imeem

Saturday, March 17, 2007

LANAI SELERA





Hari ini, sabtu, 17 Mac 2007, merupakan hari bersejarah untuk seorang sahabat dalam dunia penulisan negeri Darul Hana, saudara Piee Ling. Beliau bergerak selangkah lagi ke hadapan dalam mengejar kemajuan hidup dengan membuka sebuah restoran di Yoshi Square, Pending.

Restoran yang diberi nama LANAI SELERA akan mula beroperasi pada 20 Mac 2007 ini. Saya hadir bersama isteri dan anak, Nurul.Seperti biasa ketibaan kami di restoran disambut oleh sdr Piee dengan mesra dan senyuman. Begitu juga isteri beliau yang cukup pandai melayan para jemputan dengan keramahan dan kemesraannya.

Saya berseloroh dengan sdr Piee, menyatakan bahawa Lanai Selera boleh dijadikan tempat lepak golongan penulis. Mungkin sebagai Anjung Pekasa. Satu cara membantu teman seperjuangan di dalam dunia penulisan.

Saya sebenarnya amat kagum pada sdr Piee kerana kekuatan mental dan keperkasaan semangat dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini. Saya melihat Piee sebagai ikon bagi mereka yang tidak pernah mengaku kalah. Saya masih ingat mesej beliau kepada saya selepas pilihan raya negeri yang lepas..Kalah biar bermaruah..

So..Piee, saya hanya mengharapkan kejayaan teman, membantu apa yang terdaya dan selebihnya kita serah pada Yang Esa. Dia penentu segala..semoga sdr terus maju dan berjaya...
Untuk teman-teman penulis, sasterawan, budayawan teknokrat..dan kerat-kerat yang pelbagai..amacam..JOM KITA KE LANAI SELERA.

Friday, March 09, 2007

TRUTH

A man must be both stupid and uncharitable who believes there is no virtue or truth but on his own side.
Joseph Addison (1672 - 1719)

Thursday, February 22, 2007

Sungai Sadong, Simunjan


Sungai Sadong, Simunjan
Menatap sungai Sadong yang perkasa mengembalikan ingatan saya kepada pekan Simunjan yang telah saya tinggal tiga puluh satu tahun yang lalu. Sg Sadong terlalu bengis pada tebingnya sehingga sanggup menghakis setiap inci kenangan yang saya tinggalkan di sana.

Apakah mungkin Simunjan kembali gagah perkasa segagah Sungai Sadong yang terlalu banyak sejarah dipikulnya?

Saturday, February 10, 2007

HARI KELUARGA JPNS
"Happiness is when what you think, what you say and what you do are in harmony"
Mahatma Gandhi



Nurul & I reciting a poem entitled Lagu Cinta Seorang Lelaki Yang Enggan Menjadi Tua

Gelombang biru, laut bergelora, lalu aktiviti mandi-manda diketepikan sahaja


Saudara Rabuan Mantine mempersembahkan sebuah lagu Inggeris dengan iringan petikan gitar ajaibnya. Sengguh mempesonakan. Bakat sdr Rabuan cukup besar.

Sdr Awang Sahmat memepersembahkan lagu bertajuk Angin Malam membuat kami kedinginan kerana lembutnya tiupan angin malam Awang Sahmat. Persembahan yang cukup menghiburkan.

Thursday, February 01, 2007

Bread feeds the body, indeed, but flowers feed also the soul

Wednesday, January 10, 2007

DON'T HURRY

Don 't hurry. Don't worry. You're only here for a short visit. So don't forget to stop and smell the roses.
Walter Hagen (1892 - 1969) US golfer

NOT ROSES? I KNOW, DONT WORRY...IT'S ALSO A FLOWER