Setelah setengah jam bertolak dari Betong, tayar kenderaan mengembang menyebabkan perjalanan tidak stable lagi. Kita berhenti untuk hampir setengah jam untuk membetulkan keadaan. Nasib baik ada teman, Azizan, yang boleh membantu. Terima kasih Zan.
Every day of your life is a page of your history..mutiara kata Arab
Showing posts with label journal. Show all posts
Showing posts with label journal. Show all posts
Monday, March 22, 2010
21 MAC : PERJALANAN KE MIRI
Setelah setengah jam bertolak dari Betong, tayar kenderaan mengembang menyebabkan perjalanan tidak stable lagi. Kita berhenti untuk hampir setengah jam untuk membetulkan keadaan. Nasib baik ada teman, Azizan, yang boleh membantu. Terima kasih Zan.
Labels:
famili,
journal,
panorama penabahari,
panorama sepanjang jalan
Wednesday, March 17, 2010
17 MAC : MASA UNTUK BERENANG
Abdul Hakim
Pagi ini saya dan keluarga ke kolam renang Kota Samarahan. Lama kami tak menjenguknya. Sewaktu cuti sekolah ruang terbuka untuk kami pergi bersama. Mereka cukup gembira dapat bermandian di kolam ini. Saya tak sempat mandi kerana sibuk dengan kamera saya merakam aksi-aksi mereka. Kami selesai mandi setelah sejam berendam di kolam. Ah!jelas sekali mereka kepenatan selepas berenang.
Sunday, March 14, 2010
14 MAC: KE KAMPUNG LIDAH TANAH
Hari ini kami ke Kpg Lidah Tanah, kampung tempat tinggal Allahyarham mertuaku. Kampung Lidah tanah antara kampung yang tertua di Sarawak. Namanya sering kita temui dalam lipatan sejarah perjuangan dan peperangan antara pemerintah Brunei yang disokong oleh James Brooke dan pendekar Sarawak yang dipimpin oleh datu-datu pemerintah Sarawak sekitar abad kesembilan belas.
Di sinilah punca air bagi minuman penduduk kota Kuching.
Labels:
famili,
journal,
panorama Sarawak,
panorama sepanjang jalan
Sunday, March 07, 2010
Saturday, February 13, 2010
13 FEBRUARI : KUBAH MASJID JAMEK NEGERI SARAWAK
Tuesday, February 09, 2010
9 FEBRUARI : PERMAIDANI KAMPUNG
Selepas berjalan, saya singgah di gerai. Pagi ini saya beli beberapa hiris kuih kosoi. Wadduh..kuih kosoi di sini sedap sekali. lama saya tak menikmati kuih kosoi yang seenak itu. Betul kata orang kat saya, kuih-kuih yang dijual di kampung-kampung seberang hilir bukan saja murah tapi memang cukup sedap. Kuih kosoi mengingatkan saya kehidupan masa kanak-kanak lebih empat puluh tahun lalu. Pagi-pagi begini, kuih menjadi hidangan pagi.
Kawan-kawan nak merasai kuih-kuih yang enak ini, datanglah awal pagi di kawasan ini. Anda tentu tidak menyesal.
Monday, February 08, 2010
8 FEBRUARI : SEPAGI DI MASJA
Selepas subuh suasana yang amat cantik untuk dirakam. Rasanya esok saya akan mencuba lagi, menanti detik yang indah itu.
Sunday, February 07, 2010
7 FEBRUARI : SYURGA KAKI PANCING
Saya belum lagi melihat ikan yang ditangkap pemancing tapi mengikut mereka antara ikan yang terdapat di anak sungai ini ialah ikan kalui. Keinginan untuk ikut memancing di sini agak memuncak tapi belum lagi saya laksanakan hajat ini. Mungkin apabila sudah benar-benar teringin dan ada teman nak ikut serta, saya pasti akan memancing di sini. Ada teman-teman yang nak ikut memancing?
Saturday, February 06, 2010
6 FEBRUARI : PELANCARAN ANTOLOGI PUISI HMNK
SUNGAI SARAWAK, MENGALIRLAH KE SEGARA HIJAU merupakan salah sebuah puisi saya dalam antologi tersebut.Klik di sini untuk membacanya.
Friday, February 05, 2010
5 FEBRUARI : SAUJANA
Kebiasaan kami suami isteri keluar untuk sarapan waktu pagi selepas jam 9.00 pagi. Lepas sarapan kami akan ke pasar basah untuk membeli sayur-sayuran dan ikan. Pagi tadi kami ke SAUJANA. Di tingkat lima SAUJANA terdapat banyak gerai makanan. Tapi kami datang agak awal pagi tadi dan kebanyakannya belum dibuka. Kami singgah di Gerai JUJU. JUJU? eh itu nama timangan cucuku nombor dua, Zulaikha aka JUJU.
Kami pesan dua pinggan Mee Hongkong dan dua gelas air kopi O. Bagi teman-teman yang bari menjejak kaki ke Kuching, datanglah ke Saujana. Di sini banyak pilihan makanan buat anda. Selamat menjamu selera.
Wednesday, February 03, 2010
3 FEBRUARI : KE BUNTAL LAGI
Sunday, January 31, 2010
31 JANUARI : DERMAGA TANAH PUTEH
Labels:
journal,
memori,
panorama penabahari,
panorama Sarawak,
Sarawak
Saturday, January 30, 2010
30 JANUARI : BLUE MOON
Saya rakam wajah bulan dan malam ini bulan mengambang di sebalik awan biru cahayanya amat mendayu...Saya katakan pada diri, banyak sekali insan yang sedang dilamun rinduuuuu....
Friday, January 29, 2010
29 JANUARI : JERUSALEM IN THE QUR'AN
Thursday, January 28, 2010
28 JANUARI : DUN SARAWAK
Setuju dengan sdr Saiee, kadang - kadang kita terpedaya oleh ilustrasi yang berbentuk fantasi sehingga lupa akan realiti...
Wednesday, January 27, 2010
27 JANUARI: MUKAH
Tahun 2006 saya menjejak kaki ke Mukah buat kali pertama. Saya ke sana kektika Faizal bekerja di Balingian. Bangunan yang menjadi latar foto ini ialah Menara Pehin Setia Raja. Pejabat-pejabat Kerajaan Negeri banyak yang ditempatkan di sana, antaranya jabatan tempat saya bekerja sebelum ini, Jabatan Perbendaharaan Negeri.
Teman-teman di Mukah, apa khabar teman semua?
Tuesday, January 26, 2010
26 JANUARI : UDANG GALAH
Selasa, 26 Januari 2010
Udang antara makanan kegemaran saya, lebih-lebih lagi udang galah. masa kecil kalau nak makan udang saya akan ke tebing sungai Sarawak untuk memancing. Ada kalanya akan memancing mengikut teman-teman menggunakan perahu. Tempat memancing yang paling digemari di Kuching suatu ketika dahulu ialah di bawah dermaga Lembaga Pelabuhan Kuching di Tanah Puteh namun tempatnya agak menyeramkan tapi pabila teringat sentakan udang, hilang rasa takut.
Ahad lepas saya dan isteri sempat membeli sedikit udang di pasar minggu,Satok namun belum sempat dimasak. Baru malam ini kita berpeluang menikmati kelazatan udang.Ada yang nak gi mancing, saya nak ikut nie...
Labels:
famili,
journal,
panorama penabahari,
panorama Sarawak
Monday, January 25, 2010
25 JANUARI : RUMBIA
Tahun 2006 Faizal (anak ketiga) bekerja di Ladang kelapa sawit di Balingian. Saya dan famili pula berpeluang menjejak kaki ke sana. Di sana kami di bawa Faizal ke pekan Balingian yang berada di tebing sungai Balingian. Foto batang-batang rumbia yang diikat rapi menjadi rakit untuk dibawa ke kilang menarik perhatian saya. Seingat saya di sungai Sarawak juga pernah ada aktiviti begini seawal tahun 60an tapi telah lama tidak kelihatan lagi.
Motobot seperti itu pernah juga menyusur sungai Sarawak membawa tepung rumbia. Seingat saya motobot ini milik penduduk kampung di daerah Pusa, di mana terdapat banyak sekali tanaman rumbia. Motobot ini akan singgah di beberapa buah pangkalan sepanjang sungai Sarawak. Ibu akan membeli tepung dan membuat lempeng. Lempeng rumbia sedap sekali rasanya. Sdr dah cuba makan lempeng rumbia? Belilah tepungnya di pasar minggu Satok dan cuba rasakan betapa sedap lempeng ini di makan bersama secawan kopi pekat....
Sunday, January 24, 2010
24 JANUARI : TERINGAT NYENG
Semasa melihat album foto lama yang kusimpan di dalam cakera padat, aku terpandang foto kuchingku ini yang kuberi nama NYENG. Nyeng pemberian keluargaku di kampung untuk membantu kami mengatasi serangan "Jerry" yang ketika itu (2005) amat serius. Nyeng sangat manja dan cukup cekap dalam menjalankan tugasnya. Sejak kehadiran Nyeng Jerry tak berani lagi menyerang kami.
Januari 2006 Nyeng mati setelah menderita sakit untuk beberapa hari. Cerita tentang kematian Nyeng pernah kutulis sebelum ini. Sila lihat di sini. Hari ini aku teringat kembali saat-saat bersama Nyeng. Saat yang sangat bernilai dalam hubunganku dengan kucing peliharaan kami.
Sekarang kami ada seekor kucing hitam yang kami pelihara, tapi jarang sekali balik ke rumah sejak sebulan dua ini. Ia asyik bersama "isteri-isterinya". Ia hanya datang dua tiga hari sekali bila lapar. Pabila ia datang, akan terdengarlah dialog isteriku dengan si hitam itu. Tentu aku hanya memahami apa yang isteriku katakan pada Hitam. Hitam hanya berkata..miawwwww...Maksudnya? Hitam kata, " lama tak balik kerana kena jaga "isteri" yang dah sarat mengandung.Cadang nak bawa balik kat rumah tuan dan puan supaya isteri boleh melahirkan anak kami di sini. Bolehkan?"
Saturday, January 23, 2010
23 JANUARI : CEKO
Awal pagi ini saya dan isteri ke kedai kopi Ceko kerana dah lama juga tak menikmati sate di sana. Sebut pasal Ceko saya teringat suasana makan sate di Ceko yang terletak di Jalan Gambier(kini telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan) sekitar tahun 19776 lalu. Masa itu saya masih bertugas di jabatan Pelajaran, Sarawak. Ada beberapa teman membawa saya minum pagi di sana. Biasanya saya makan sepinggan mee rebus dan lima cucuk sate. Itu cukup mengenyangkan , namun berat badan saya tak juga naik, hanya sekitar 50kg ke bawah.Ini mungkin disebabkan oleh amalan merokok saya yang agak serius. Sehari saya hisab tak kurang 20 batang rokok. (Sekarang saya tak merokok lagi, dah berhenti awal tahun 1992 - jika teman nak tahu bagaimana nak berhenti merokok boleh hubungi saya- Saya beri nasihat percuma tau..hehehe)
Kedai kopi Ceko pagi tadi telah dipenuhi pelanggan dan tak nampak pun ada tempat duduk kosong, lantas kami ambil keputusan beli untuk bawa balik ke rumah sahaja. 30 cucuk sate dan beberapa kerat ketupat dan lemang. Sampai di rumah kami melepas geram dengan sate dan ketupat. Kuah sate sedap sekali. Saya terlupa langsung tentang kolesteral saya yang agak tinggi. Saya juga terlupa aktiviti berjalan kaki, buat seketika.
Subscribe to:
Posts (Atom)