Showing posts with label cerita tentang makan. Show all posts
Showing posts with label cerita tentang makan. Show all posts

Monday, May 10, 2010

TEPUNG LEMANTAK@SAGO FLOUR


Semalam terasa benar keinginan nak merasai lempeng/tumpik yang diperbuat daripada tepung rumbia/lemantak, lalu singgah di pasar Satok dan terjumpa gerai menjualnya. Mulanya beli tepung lemantak, kemudian beli pula asam payak, ikan empirang,sagu dan akhir sekali nyiur parut....lantas terciptalah puisi yang telah saya poskan di ARKED WAKTU bertajuk...Rakit Rumbia, cerita kehidupan anak-anak daerah rumbia/balau..

Tuesday, February 09, 2010

9 FEBRUARI : PERMAIDANI KAMPUNG

Awal pagi tadi saya kembali ke Permaidani kampung, tebingan Kpg Boyan, Gersik Sourabaya yang kini bertukar wajah dengan terdirinya gerai-gerai yang cantik dan teratur. Saya ke sana untuk rutin pagi, berjalan dan terus bejalan untuk memaksa peluh mengalir keluar. Dalam masa yang sama sempat merakam satu dua shot ketika mentari mula terbit.
Selepas berjalan, saya singgah di gerai. Pagi ini saya beli beberapa hiris kuih kosoi. Wadduh..kuih kosoi di sini sedap sekali. lama saya tak menikmati kuih kosoi yang seenak itu. Betul kata orang kat saya, kuih-kuih yang dijual di kampung-kampung seberang hilir bukan saja murah tapi memang cukup sedap. Kuih kosoi mengingatkan saya kehidupan masa kanak-kanak lebih empat puluh tahun lalu. Pagi-pagi begini, kuih menjadi hidangan pagi.
Kawan-kawan nak merasai kuih-kuih yang enak ini, datanglah awal pagi di kawasan ini. Anda tentu tidak menyesal.

Friday, February 05, 2010

5 FEBRUARI : SAUJANA



Kebiasaan kami suami isteri keluar untuk sarapan waktu pagi selepas jam 9.00 pagi. Lepas sarapan kami akan ke pasar basah untuk membeli sayur-sayuran dan ikan. Pagi tadi kami ke SAUJANA. Di tingkat lima SAUJANA terdapat banyak gerai makanan. Tapi kami datang agak awal pagi tadi dan kebanyakannya belum dibuka. Kami singgah di Gerai JUJU. JUJU? eh itu nama timangan cucuku nombor dua, Zulaikha aka JUJU.
Kami pesan dua pinggan Mee Hongkong dan dua gelas air kopi O. Bagi teman-teman yang bari menjejak kaki ke Kuching, datanglah ke Saujana. Di sini banyak pilihan makanan buat anda. Selamat menjamu selera.

Wednesday, February 03, 2010

3 FEBRUARI : KE BUNTAL LAGI

Pantai di Kpg Buntal


Selepas mengambil Nurul di Madrasah, kami bertiga terus memecut ke Buntal kerana agak lama tak membeli ikan segar. Di Buntal banyak sekali ikan dijual. Saya beli ikan lumek, ikan kilat, terubok dan juga payak.
Makan malam kami hanya meratah sup ikan lumek...lama juga tak makan ikan lumek.

Monday, January 25, 2010

25 JANUARI : RUMBIA

ISNIN, 25 JANUARI 2010

Tahun 2006 Faizal (anak ketiga) bekerja di Ladang kelapa sawit di Balingian. Saya dan famili pula berpeluang menjejak kaki ke sana. Di sana kami di bawa Faizal ke pekan Balingian yang berada di tebing sungai Balingian. Foto batang-batang rumbia yang diikat rapi menjadi rakit untuk dibawa ke kilang menarik perhatian saya. Seingat saya di sungai Sarawak juga pernah ada aktiviti begini seawal tahun 60an tapi telah lama tidak kelihatan lagi.

Motobot seperti itu pernah juga menyusur sungai Sarawak membawa tepung rumbia. Seingat saya motobot ini milik penduduk kampung di daerah Pusa, di mana terdapat banyak sekali tanaman rumbia. Motobot ini akan singgah di beberapa buah pangkalan sepanjang sungai Sarawak. Ibu akan membeli tepung dan membuat lempeng. Lempeng rumbia sedap sekali rasanya. Sdr dah cuba makan lempeng rumbia? Belilah tepungnya di pasar minggu Satok dan cuba rasakan betapa sedap lempeng ini di makan bersama secawan kopi pekat....

Saturday, January 23, 2010

23 JANUARI : CEKO

Sabtu, 23 JANUARI 2010

Awal pagi ini saya dan isteri ke kedai kopi Ceko kerana dah lama juga tak menikmati sate di sana. Sebut pasal Ceko saya teringat suasana makan sate di Ceko yang terletak di Jalan Gambier(kini telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan) sekitar tahun 19776 lalu. Masa itu saya masih bertugas di jabatan Pelajaran, Sarawak. Ada beberapa teman membawa saya minum pagi di sana. Biasanya saya makan sepinggan mee rebus dan lima cucuk sate. Itu cukup mengenyangkan , namun berat badan saya tak juga naik, hanya sekitar 50kg ke bawah.Ini mungkin disebabkan oleh amalan merokok saya yang agak serius. Sehari saya hisab tak kurang 20 batang rokok. (Sekarang saya tak merokok lagi, dah berhenti awal tahun 1992 - jika teman nak tahu bagaimana nak berhenti merokok boleh hubungi saya- Saya beri nasihat percuma tau..hehehe)

Kedai kopi Ceko pagi tadi telah dipenuhi pelanggan dan tak nampak pun ada tempat duduk kosong, lantas kami ambil keputusan beli untuk bawa balik ke rumah sahaja. 30 cucuk sate dan beberapa kerat ketupat dan lemang. Sampai di rumah kami melepas geram dengan sate dan ketupat. Kuah sate sedap sekali. Saya terlupa langsung tentang kolesteral saya yang agak tinggi. Saya juga terlupa aktiviti berjalan kaki, buat seketika.




Monday, January 04, 2010

4 JANUARI : KEMBALI KE MIRI




Zakariyya dan isteri, Erda, kembali ke Bintulu hari Sabtu, 2/1/10 jam 8.00 malam setelah bercuti beberapa hari di Kuching. Mereka ke Kuching untuk melawat kami sebelum cuti sekolah berakhir Isnin ini. Kami suami isteri berjanji akan ke Miri bulan April nanti untuk menanti kehadiran cucu yang ketujuh, Insya Allah.
Sekarang kami ditemani Fadli yang tiba dari Johor malam Sabtu lepas untuk bercuti seminggu. masih ada teman bicara.Selepas ini

Saturday, December 26, 2009

Hai Ketam...


Dah beberapa hari kami mencari ketam untuk makan malam. Kami cari sampai ke Kpg Buntal tapi kalau dah tak ada memang tak jumpalah. Hanya petang semalam terjumpa di pasar Satok. Rezeki bagi saudara sulung saya kerana selepas isya dia dan isteri berkunjung. Kami makan beramai-ramai. Suasana sunyi jadi meriah dan kesediahan yg dirasa hilang sedikit demi sedikit. Alhamdulillah.