Every day of your life is a page of your history..mutiara kata Arab
Wednesday, December 30, 2009
HAPPY BIRTHDAY, KHAIRUL ANWAR
Hari ini, 30 Disember ulang tahun kelahiran anak kedua, Khairul Anwar. Ah..Dia sudah berumur 32 tahun dan punya tiga anak. Tentu tak terasa sangat masa yang berlalu. Tentu aku masih teringat pertama kali menghantar dia ke Tadika Kenyalang. Tentu dia masih ingat betapa susahnya memujuk dia untuk ke sekolah ketika hatinya mula membenci untuk hadir ke sekolah ketika itu menuntut di SK Encik Buyong.
Itu semuanaya telah berlalu. Aku tidak dapat lagi untuk memujuk dia. Hari ini dia kena lakukan sendiri, kena buat keputusan sendiri. Anehnya kami selalu tak sependapat...tentang apa? pastinya tentang cucu. Bukankah Datuk dan cucu itu dua sahabat setia yang sentiasa memusuhi si ayah....
Apapun selamat hari lahir buat Khairul Anwar. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, hidup dalam aman dan bahagia dan dikurniai kebaikan dunia dan akhirat. Itu doa seorang ayah buat anaknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Selamat Ulang Tahun buat abg Khairul Anwar.Semoga doa bapak buat anaknya dimakbulkan Tuhan dan semestinya doa kami sekeluarga turut mengiringinya..
-erda-
Doa yang sama juga buat anakanda Erda dan suami. Semoga mencapai kejayaan di sekolah baru.
Post a Comment