Showing posts with label Greetings. Show all posts
Showing posts with label Greetings. Show all posts

Saturday, February 13, 2010

13 FEBRUARI : SELAMAT HARI LAHIR, ERDA

Happy birthday, anakanda Erda, semoga beroleh kesejahteraan dan kebahagian dan semoga kelahiran anak pertama Erda nanti akan menambah seri rumah tangga yang dibina. Ayahanda menanti dengan sabar kehadiran cucu yang ketujuh, ni.
Padah jak ngan abang Mat kitak, kena kerja rajin-rajin, untuk masa depan anak.

Wednesday, December 30, 2009

HAPPY BIRTHDAY, KHAIRUL ANWAR


Hari ini, 30 Disember ulang tahun kelahiran anak kedua, Khairul Anwar. Ah..Dia sudah berumur 32 tahun dan punya tiga anak. Tentu tak terasa sangat masa yang berlalu. Tentu aku masih teringat pertama kali menghantar dia ke Tadika Kenyalang. Tentu dia masih ingat betapa susahnya memujuk dia untuk ke sekolah ketika hatinya mula membenci untuk hadir ke sekolah ketika itu menuntut di SK Encik Buyong.
Itu semuanaya telah berlalu. Aku tidak dapat lagi untuk memujuk dia. Hari ini dia kena lakukan sendiri, kena buat keputusan sendiri. Anehnya kami selalu tak sependapat...tentang apa? pastinya tentang cucu. Bukankah Datuk dan cucu itu dua sahabat setia yang sentiasa memusuhi si ayah....
Apapun selamat hari lahir buat Khairul Anwar. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, hidup dalam aman dan bahagia dan dikurniai kebaikan dunia dan akhirat. Itu doa seorang ayah buat anaknya.

Thursday, January 10, 2008

MAMAL HIJRAH

...dan kita akan terus melangkah dalam sebuah hijrah yang pasti. Hijrah itu kehidupan. Kehidupan itu mengajar kita makna kemanusiaan. Semoga kita berbahagia dengan hadirnya 1429 ini...

Salam hormat buat semua teman dan taulan yang sudi berkunjung ke teratak saya...Teruskan kunjungan anda sambil meninggalkan tapak kaki. Biar kujadikan sebuah lukisan untuk kupamerkan di galeri hati.

Tuesday, October 23, 2007