Saturday, January 19, 2008

Simunjan Yang Kukenal (1)


Romisal Agus bersanding

Simunjan 1973/1974

Setelah tamat persekolahan saya telah diterima bekerja di Jabatan Pelajaran mulai 4 Julai 1972. Lapan bulan kemudian, Mac 1973, saya dipindahkan bertugas di Simunjan dan ditempatkan di sekolah menengah kerajaan.
Keadaan Simunjan awal 1970an agak terkebelakang dari segi pembangunan infrastruktur. Tidak banyak pembangunan yang dapat dilihat. Setahu saya waktu itu Skim Saliran dan pengairan di Lubok Punggor rancak dijalankan. Jalan dari pekan Simunjan ke sekolah menengah diperbuat daripada slab simen yang disusun. Kebanyakan slab-slab ini telah pecah menyebabkan jalan agak berlubang di sana sini dan slab simen pula terjungkang-jungkit kerana keadaan muka bumi.
Di sebelah kanan jalan dari pekan ke Sekolah terdapat rel seperti bentuk rel keretapi untuk perjalanan kereta pengangkut yang dipasang roda seerupa roda keretapi tetapi lebih kecil saiznya. Saya pernah melihat sistem pengangutan seperti ini dibina di kawasan kilang papn bagi memudahkan pengangkutan papan dari satu kawasan ke kawasan lain di dalam kompleks kilang itu.
Pengangkutan ini digerakkan oleh seseorang yang berada di atas kereta itu yang akan menggunakan sebatang galah sebagai alat penolak. Ia serupa keadaannya seperti seseorang yang berakit di air deras dan mengemudikan rakitnya menggunakan sebatang galah.
Beberapa bulan bertugas di Simunjan saya berulang alik ke pekan semasa menjalankan tugas rasmi hanya menggunakan basikal. Selepas setahun di sana saya membeli sebuah mootosikal jenama Honda Sport 90cc. Saya membeli sebuah motosikal terpakai. Cukuplah sekadar untuk ke pekan yang jauhnya dari sekolah sekitar 4 ke 5 km.
Banyak juga pengalaman dikutip di Simunjan. Teman dan taulan pun banyak ditemui. Yang seronoknya beberapa orang teman masih tetap mengingati saya seperti mana saya mengingati mereka. Sekali sekala kita berjumpa dan mula bercerita tentang kisah lama yang semuanya menarik hati dan sukar sekali dilupakan.
Di Simunjan saya memperoleh seorang anak angkat pemberian seorang ibu yang punya banyak anak. Seorang budak lelaki, lahir dengan berat sekitar 9 paun. Hari ini anak angkat saya itu telah berusia 33 tahun dan baru sahaja melangsungkan perkahwinannya minggu lepas di rumah keluarga saya di kampung.Namanya..? oh ya, saya namakan dia ROMISAL AGUS..

6 comments:

Anonymous said...

saya bekas pelajar sekolah menengah kerajaan simunjan antara 1975-1978. Memang banyak kenangan manis,terutama sekali berbasikal kadang2 berjalan kaki ke sekolah.Yang paling saya tak lupa ,bila saya terjatuh ,tergolek dengan basikal dan beg sekolah kedalam sungai/parit dekat kampong nenas...hihihi..kecoh satu kampong..panic..hihihi..

Penabahari said...

Salam sdr Anon,
Saya rasa sdr beradi di kelas peralihan dlm thn 1975. Saya kembali ke Kuching 1976. Kenangan bersama pelajpelajar SMK Simunjan ketika itu sgt menyeronokkan.
Terima kasih kerana berkongsi cerita.

manik liza said...

saya adalah penduduk simujan yg lahir dlm 1972..dan bekas pelajar simunjan..masa tahun 1975 saya baru 4 tahun..saya asal sri aman tapi dibesar oleh keluarga angkat di simunjan.memang simunjan dahulu banyak kemunduran nya dr segi infrastrukturnya. kiranya terbelakanglah...kesian simunjan pembangunannya agar mundur waktu kami memasuki alam persekolahan ketika itu 1979.. baru darjah satu. kepada penabahari..saya faham keadaan.anda ketika itu...

Penabahari said...

Terima kasih Manik Liza kerana menjenguk Pak Penabahari di sini. Tentu byk cerita tentang Simunjan yang boleh sdr kongsikan. Tulislah...

ROSLIJOB said...

Saya lahir di Simunjan juga pada tahun 1972 dan bersekolah di SK Abg Man Simunjan sehingga tamat sekolah rendah dan seterusnya saya melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SMB St.Joseph Kuching.Simunjan menyimpan banyak kenangan, pahit,manis,masin,payau dan sebagainya.Kehidupan di Simunjan agak perlahan...tiada ketergesaan,tiada klesesakan...hampir dua puluh tahun saya meninggalkan Simunjan adalah sedikit kemajuan,yang selalu diungkit bila ada pilihan raya.Kalau dikategorikan ada 3 peringkat kemajuan 1. siput babi 2. kura-kura 3. Arnab dan Simunjan berada pada kategori 1.siput babi.

Penabahari said...

Salam Sdr RosliJob,
Terima kasih atas komen dan cerita sdr. Setuju sekali dengan kategori yg sdr beri. Saya datang ke Simunjan ketika sdr berusia setahun agaknya.
Apapun Simunjan tetap menjadi ingatan saya kerana budi bahasa dan kebaikan penduduknya.
Salam hormat.