anggerik rimba berhampiran bangunan Baitul Makmur
Every day of your life is a page of your history..mutiara kata Arab
Sunday, February 28, 2010
28 FEBRUARI: PAGI AHAD
Pagi ahad ini saya tak ke pasar Satok seperti kebiasaan saya kerana dah pergi semalam. Pagi ini jam 10.00 saya habiskan sedikit masa berjalan di sekeliling kawasan perumahan kami di Petra Jaya berbekalkan Olympus E-510. Pemburuan kali ini membolehkan saya merakam beberapa foto tentang alam flora dan fauna.

Labels:
fauna,
flora,
panorama penabahari,
panorama Sarawak
Saturday, February 27, 2010
27 FEBRUARI: TENTANG BURUNG(1)
Much talking is the cause of danger. Silence is the means of avoiding misfortune. The talkative parrot is shut up in a cage. Other birds, without speech, fly freely about.
Labels:
alam,
fauna,
panorama penabahari,
panorama Sarawak
Friday, February 26, 2010
26 FEBRUARI : SUASANA KUCHING WAKTU PAGI
Labels:
alam,
Kuching,
panorama penabahari,
panorama Sarawak
Thursday, February 25, 2010
25 FEBRUARI: POKOK RAMBUTAN DI BELAKANG RUMAHKU
pipit
Di belakang rumah terdapat sebatang pokok rambutan ditanam oleh jiran kami. Masih ingat ketika jiran kami itu mula menanam benih rambutan itu kerana dalam masa yg sama kami menanam jambu dan mangga. Sayangnya rambutan itu tidak sedikit pun mendatangkan hasil. Tidak pernah kami lihat ia berbuah seperti juga mangga yang kami tanam. Kata orang, ia rambutan jantan. Menatapnya teringat pantun enam kerat tentang rambutan jantan:Burung kedidi terbang ke hutan
gugur bulunya di ranting sena
ranting patah menimpa budak
Jangan menjadi rambutan jantan
orang berbunga awak berbunga
orang berbuah awak tidak
Di atas pokok rambutan inilah tempat burung- membuat sarang. Dan keran ia terletak berhampiran jendela rumah, senang bagi saya memerhati gelagat burung- burung yang singgah.
Wednesday, February 24, 2010
24: FEBRUARI : SEEKOR KETITIR SENDIRI SEPI
Tuesday, February 23, 2010
23 FEBRUARI : MEMBURU BERSAMA IMAN
Kelmarin jam 3.00 saya bersama seorang teman maya, Iman Daud keluar untuk merakam suasana berhampiran Pustaka Negeri Sarawak. Cuaca taklah panas sangat tapi mentari memancar agak terang juga. Ada satu dua rakaman yang saya buat untuk saya kongsikan bersama di sini.
Tak pasti nama bunga dari pokok yang ditanam berhampiran masjid jamek Kuching. Ada yang tahu nama pokok ini?
Cuba nak rakam bangau hendak terbang tapi masih belum berhasil, Ini foto ia sedang bersedia nak cabut lari
Monday, February 22, 2010
22 FEBRUARI: PIPIT
Setelah dapat menatap kembali pipit ini hati saya jadi semacam rasa seronok kerana rupa-rupanya ia belum pupus lagi. kalau ada yang tahu nama jenis pipit ini tolong beritahu saya.
Sunday, February 21, 2010
21 FEBRUARI : POTRET SILAM (2)
Saturday, February 20, 2010
20 FEBRUARI: MENDIANG REYNOLDS GREGORY DALAM KENANGAN
Mendiang Reynolds Gregory berdiri di kiri saya di majlis penyampaian cenderamata sempena persaraan saya dari Perkhidmatan Awam dalam tahun 2007
Saya terima berita tentang kepergian mendiang sdr Reynolds Gregory daripada seorang teman. dan saya tergamam sebentar. Reynolds bertugas di bawah seliaan saya di Jabatan Perbendaharaan negeri suatu ketika dahulu dan merupakan salah seorang staf yang sangat saya hormati oleh sikap dan juga kebolehannya.
Menurut teman saya, mendiang terjatuh ketika menyanyi. Saya masih ingat mendiang seperti juga saya adalah pesakit darah tinggi dan kami terpaksa mengambil ubat yang berterusan.
Mendiang memang terkenal sebagai seorang penyanyi dan juga pengacara yang hebat dan memiliki suara yang seakan-akan penyanyi legenda Elvis Presley. Saya akan sentiasa mengingati mendiang sebagai seorang insan seni yang hebat dan kepergian mendiang pasti akan dirasai oleh semua terutama keluarga terdekat. Semga tabah menghadapi ujian dan dapat meneruskan kehidupan tanpa mendiang dengan tenang dan damai.
Friday, February 19, 2010
19 FEBRUARI: YOUR LIFE IS AN ISLAND

Talang-Talang
Your life is an island seperated from all other islands and continents. Regardless of how many boats you send to other shores or how many ships arrive upon your shores, you yourself are an island seperated by its own pains, secluded in its happiness.Kahlil Gibran.
Labels:
mutiara kata,
panorama penabahari,
panorama Sarawak
Thursday, February 18, 2010
Wednesday, February 17, 2010
17 FEBRUARI : POTRET SILAM(1)
Tuesday, February 16, 2010
16 FEBRUARI: BANGAU OH BANGAU
Monday, February 15, 2010
15 FEBRUARI : MAMAKU PULANG
Setelah empat hari berada di KL atas urusan kerja, mama Abdul Hakim balik semalam bersama papanya yang ikut bercuti sempena perayaan Gong Xi Fa Cai yang diraikan oleh kaum TiongHua. Papanya akan bersama sehingga selasa ini. Kami bawa Abdul Hakim ke airport untuk menunggu ketibaan mama dan bukan main seronok lagi dia bermain di airport.
Rasanya dia semakin selesa bersama saya dan tidak lagi menangis-nangis ketika berada di dalam kereta seperti sebelum ini. Tidak terasa pula penat badan setelah mendukung Abdul Hakim hari ini kerana keseronokan bermanja bersamanya.
Rasanya dia semakin selesa bersama saya dan tidak lagi menangis-nangis ketika berada di dalam kereta seperti sebelum ini. Tidak terasa pula penat badan setelah mendukung Abdul Hakim hari ini kerana keseronokan bermanja bersamanya.
Saturday, February 13, 2010
13 FEBRUARI : SELAMAT HARI LAHIR, ERDA
Padah jak ngan abang Mat kitak, kena kerja rajin-rajin, untuk masa depan anak.
13 FEBRUARI : KUBAH MASJID JAMEK NEGERI SARAWAK
Friday, February 12, 2010
12 FEBRUARI : POHON BUAN @SIMPUR
Saya rakam bunga dan buah dari pohon buan@simpur ini menggunakan lensa Zuiko Digital ED 70-300 (140 - 600 equiv.) . Ketika di kampung masa remaja dulu memang biasa benar menatap pohon ini. Kata orang tua saya, pelanduk suka makan bunga dan buah simpur. Foto ini saya rakam tak jauh dari masjid jamik Negeri Sarawak.
Thursday, February 11, 2010
11 FEBRUARI : BERSIAR-SIAR BERSAMA ABDUL HAKIM
Petang tadi ibu Abdul Hakim pergi KL atas urusan kerja. Abdul Hakim dan dua kakaknya tidur di rumah kami malam ini. Untuk hilangkan sedih Abdul Hakim, Nenek dan Wan bawa dia bersiar-siar.
tapi malam ni Abdul Hakim tak nak tidur juga...agaknya dia rindu kat mama...
Labels:
Abdul Hakim,
famili,
panorama penabahari,
panorama Sarawak
Wednesday, February 10, 2010
Tuesday, February 09, 2010
9 FEBRUARI : PERMAIDANI KAMPUNG
Selepas berjalan, saya singgah di gerai. Pagi ini saya beli beberapa hiris kuih kosoi. Wadduh..kuih kosoi di sini sedap sekali. lama saya tak menikmati kuih kosoi yang seenak itu. Betul kata orang kat saya, kuih-kuih yang dijual di kampung-kampung seberang hilir bukan saja murah tapi memang cukup sedap. Kuih kosoi mengingatkan saya kehidupan masa kanak-kanak lebih empat puluh tahun lalu. Pagi-pagi begini, kuih menjadi hidangan pagi.
Kawan-kawan nak merasai kuih-kuih yang enak ini, datanglah awal pagi di kawasan ini. Anda tentu tidak menyesal.
Monday, February 08, 2010
8 FEBRUARI : SEPAGI DI MASJA
Selepas subuh suasana yang amat cantik untuk dirakam. Rasanya esok saya akan mencuba lagi, menanti detik yang indah itu.
Sunday, February 07, 2010
7 FEBRUARI : SYURGA KAKI PANCING
Saya belum lagi melihat ikan yang ditangkap pemancing tapi mengikut mereka antara ikan yang terdapat di anak sungai ini ialah ikan kalui. Keinginan untuk ikut memancing di sini agak memuncak tapi belum lagi saya laksanakan hajat ini. Mungkin apabila sudah benar-benar teringin dan ada teman nak ikut serta, saya pasti akan memancing di sini. Ada teman-teman yang nak ikut memancing?
Saturday, February 06, 2010
6 FEBRUARI : PELANCARAN ANTOLOGI PUISI HMNK
SUNGAI SARAWAK, MENGALIRLAH KE SEGARA HIJAU merupakan salah sebuah puisi saya dalam antologi tersebut.Klik di sini untuk membacanya.
Friday, February 05, 2010
5 FEBRUARI : SAUJANA
Kebiasaan kami suami isteri keluar untuk sarapan waktu pagi selepas jam 9.00 pagi. Lepas sarapan kami akan ke pasar basah untuk membeli sayur-sayuran dan ikan. Pagi tadi kami ke SAUJANA. Di tingkat lima SAUJANA terdapat banyak gerai makanan. Tapi kami datang agak awal pagi tadi dan kebanyakannya belum dibuka. Kami singgah di Gerai JUJU. JUJU? eh itu nama timangan cucuku nombor dua, Zulaikha aka JUJU.
Kami pesan dua pinggan Mee Hongkong dan dua gelas air kopi O. Bagi teman-teman yang bari menjejak kaki ke Kuching, datanglah ke Saujana. Di sini banyak pilihan makanan buat anda. Selamat menjamu selera.
Thursday, February 04, 2010
Wednesday, February 03, 2010
3 FEBRUARI : KE BUNTAL LAGI
Tuesday, February 02, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)